Thursday 22 November 2012

Happy Birthday Abah ♥

Assalamualaikum wbt semua cik puan dan tuan-tuan
  *bajet ada yang baca je hihihi (kalau baca jawab salam eh)*  

Hari ini hari apa ye murid-murid? Gaya cikgu tadika. Rindu pulak zaman hingusan dulu-dulu. Wakaka! Harini hari Khamis 22/11/2012. Hari lahir incik abahku yang tersayang. Umur abah dah masuk 62 tahun. Abah yang jarang buat lawak tapi bila buat lawak semua pasti gelak. Abah yang garang. Abah yang kuat mengongkong. Yeah that's my Abah and im proud with him. Abah siapa? Abah Nordiyana binti Abdullah hihi. Dulu aku selalu ingat abah tak sayang aku bila tak bagi aku pergi sana pergi sini dengan kengkawan. Kalau mintak izin dengan abah mesti dia jawab "belum masanya". Sometimes rasa malu jugak dengan kengkawan. Dalam kepala asyik fikir "Kenapa abah tak sporting macam abah orang lain?" Peh kalau lah aku jadi abah memang aku humban budak yang berperangai sebegini. Haha lama kelamaan perlahan-lahan aku semakin faham dengan sikap abah. Dan aku sangat bersyukur dikongkong oleh seorang abah kalau tidak boleh bayang tak aku jadi apa sekarang? Mesti perangai tak serupa ini hehehe. Yang sekarang ni pun perangai cam hape masak pon tak reti. Tengah belajar abah slow-slow eh.  

Teringat zaman kenakalan dulu-dulu zaman pondok-pondok, kahwin-kahwin, gaduh-gaduh, sepak terajang WWE bajet kuat nak tunjuk siapa paling hero. Aku jujur tarik diri bab nih sebab aku kuat nangis. Kekeke rasa cam lifeless gua nangis masa main orang zaman itulah nak seronok. Ni nangis ah jiwa lembut tuan badan ganas sebab bila pukul orang laju then turn orang tu nak pukul aku balik aku lari dulu hahaha. Zaman kenakalan aku selalu gaduh dengan abang. Memang wajib kalau tak gaduh mesti ada something tuh kut kut kena rasuah dengan abang kehkehkeh. Ha situasi bergaduh ni yang paling pantang buat abah. Jam pertama elok bermain. Setengah jam pertama gaduh. Jam kedua tiga-tiga menangis ha tu mesti dah kena lempang tak pon penyangkut baju mak aku. Perit gua nak bagitahu nasib memasing jadi orang lagi sekarang ni.      

Jenis aku kalau kena marah mesti lepas tu nak lari rumah. Percaya tak kalau aku bagitahu aku pernah lari tapi tak jauh lari belakang rumah je takde tempat nak tuju. Beb gua bukan lari sehelai sepinggang gua lari dengan plastik yang sekarang kalau korang pergi shopping mall pada hari sabtu kalau tak salah  kena bayar 20 sen. Ha plastik tulah guna buat letak kain baju. Kelakar sungguh nok oyak kow demo bawak plastik tu sambil menangis tulah kecik-kecik dah belajar tengok drama. Hayati benor drama melayu dulu-dulu. Kalau merajuk pun still guna ayat drama hahaha. See anak melayu sejati  tapi petai,budu, jering, tempoyak semua letak tepi tak makan ini belum sejati namonyo kehkehkeh. Agaklah kan kalau tak makan semua ni kalau pegi umah mak mertua mesti kena paksa. wakaka sampai ke situ fikirankoooo melayang sebab ma selalu cakap camtuh taknok ler camtuh hehehe.

Abah kita single. please find someone for me (moga my future husbond baik hati and jaga abah /ma macam parents sendiri) apa ni gatai! tepuk keyboard. kehkehkeh! ini hanya gurauan semata-mata. 


Haku ni hape? Nak cerita zaman kenakalan ke nak wish birthday abah hihi dua-dua pon molehhh. Okay back kepada tujuan asal aku menaip hari ini. 

For Abah :

Thanks for teach me how to live in this world. When I story about school especially exam or spm (ohh nak mati taknak amek spm) abah always said "cuba bangun awal pagi bangun mintak dengan Allah. Dia je tempat kita bergantung kalau tak mintak dengan Allah nak minta dengan siapa? Dia segala-galanya" Sampai aku boleh hafal ayat ni hehehe. InshaAllah abah. 

Terima kasih beri kami adik beradik makan pakai semua terlebih cukup. Hantar anak-anak pergi sekolah nek lori wahahaha masih segar dalam ingatan. Jasa ma & abah banyak sangat memang tak terkira.  You're the best human in my life. The best and forever the best! Terima kasih sudi layan karenah anak bongsu mu ini hihi. Hanya Allah yang mampu balas jasa ma & abah ♥ 

Harini hari lahir incik abah tersayang. Love you abah! :* Doaku pasti mengiringi jalanmu. InshaAllah. Adik teringin nak bagi hadiah tapi nak pakai duit sendiri. Sekarang belum kerja hihi. Nak bagi hadiah duit takdak. Supe gok selama ni pkai duit abah jugak kan hehehe. Buat masa ni doa jelah hadiah untuk abah. Itu paling mampu   

Ya Allah, engkau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku. Engkau berilah kesihatan yang baik untuk mereka. Engkau sejahterakanlah mereka di dunia & di akhirat. Engkau tempatkanlah keluargaku di syurgaMu agar kami dapat bertemu di akhirat kelak. Amin. 

nota kaki : Doakan kami sekeluarga dan aku pasti akan doakan kalian. Sama-samalah kita mengejar Syurga Allah. InshaAllah :-) 

Girls dont forget to cover your aurah. Aurah is our dignity. Sayangi ayah ibu kalian cuba bawa mereka ke Jannatul Firdaus. Aku juga sedang mencuba. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.
 


cik bam bam (yg tengah) my lovely mother & father. thanks to Allah! also my ansarullah yg menyibok. 

Akak : Tengok ma macam ni gaya budak nak spm tahun depan. main game lagi cam budak-budak (geleng-geleng kepala) 
Haku : (jeling je mampu hahaha) 


And one more thing aku takut kalau tak boleh buat abah dengan ma tersenyum waktu amek result spm nanti. Maklumlah anak bongsu lebih sikit harapan diorang. Huwaa :'( nak adik sorang bulih? Jangan mimpi nnti mesti aku jadi kaki buli hahaha takpalah Alhamdulillah dah sekarang ni :-)  Dan aku cuba tenangkan hati dengan berkata 'Try your best diyana! Allah ada. Sentiasa ada. Jangan sesekali hilang Allah dalam diri. Mungkin rezeki kita ikut arah lain. He knows the best and always has something for us." Terus terang aku memang selalu down dan tiada keyakinan diri dalam apa-apa hal. That y kadang-kadang kita kena ada satu ayat yg boleh kuatkan diri biar kita je tahu. Itu lagi syokkkk! hehe. 

                                                                                                                                         Salam sayang anak bongsu ma abah , 

NordiyanaAbdullah


No comments: