Saturday 29 December 2012

♥ Cinta 2012 ♥

Assalamualaikum w.b.t.

Sayang berjuta kali sayang..............................................*dup dap dup dap*
untuk aku tinggalkan kenangan 2012......................................bukan tinggalkan cuma merindui kenangan itu.....fuyoh! fuyoh! maksud aku mungkin tak dapat balik kenangan yang ditinggalkan dan dah tak sama macam dulu you know kalau sama pun maybe situasi nya berbeza nanti.

Dalam setahun banyak kenangan yang aku kutip. Jumpa. Ambik. Kutip. Simpan dalam hati.

Family pun dah bertambah (sepupu baru, nenek baru) Alhamdulillah :-) Kalau setakat nak lawan bola pun gua sahut cabaran sebab dah cukup ahli. Cucu, Menantu yang bertambah. Turn I bila lagi? Muahaha bapaknya gatal gilosss nak kahwin. Gurau  *sengih tunjuk gigi kuning*

    The best human in my life :) 
I'm maksu dan dah ada 4 nak masuk 5 orang anak sedara yang omey omey sampai tak terlayan. Dulu nak sangat adik ha sekarang dah dapat. Amekawwww main puas-puas. Dua lelaki dua perempuan. Sama banyak! Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya penantianku ada hasilnya sebab dulu jealous gila gila tengok orang ada adik. Allah maha adil :')

Tahun 2012 rasa macam confident level tu meningkat sikit lah daripada dulu. Macam nak pegang mic pun ketaq lutut habaq mai. Cakap kat depan pun kekadang keluaq ayaq mata tanpa di sangka. Takot punya pasai hahaha. Then lepas pergi kem, kenal dengan ramai orang. Cara-cara nak berkomunikasi and malu yg tah hape hape dulu pun hilang. Masih teringat pesan papa "Malu kita biar bertempat". Aku macam cuba berani kan diri dan terbukti I can do it!!! Yeah, proud with myself! Sekurang-kurangnya kalau kat luar pun orang tanya kita jalan or apa-apa kita boleh jawab kan tapi hati-hati tau jangan over sangat hehe. :-)

geng d'kok "Anak papa" 
Tahun ini kuat kaki aku berjalan. Lek ah tahun holiday nak santai santai HAHAHA
Tahun ni banyak aku keluar as a student lah kan nak penuhkan buku koko nak markah hewhewhew
Rindu netball , Camp ppim yg pling best, Choral speaking, Pengalaman jadi fasi utk akak abang dan adik-adik, menari tommy apa semua tu. ghindu!

Percaya tak ada kem yang gila-gila macam yg aku pernah alami. Memang gila tahap tinggi. First time in my life, kem yg masuk air ikut kepala sendiri. seronok dapat kenal dengan dak-dak kelas lain ingatkan sombong padahal terlebih gila kalau bersembang. Memperkenalkan 'geng lats' Love much  Kenapa lats? secrets. Sebab memasing obses tengok abg abg jpam. *muntah semangkuk aku ketawa* wkwkwk!
Aku ingat lagi waktu qiamulail. Allah mata time tu memang takleh bukak dah cuba paksa memang tak boleh. ustazah bagi ceramah aku tidur kat belakang. Dah tak tahan ajak la geng (mokcik izaty) teman pegi toilet konon toilet padahal balik khemah mengbongkang. *ekceli, ad sebab lain yg tkleh bgtau hahaha*

Me : Izaty, jom g toilet.
Izaty : Jom
*keluar la mintak izin dengan ustazah*
Me : Jom balik khemah dulu nak?
Izaty : Ok
Me : *masuk khemah terus tido* Rehat dulu 5 minit pastu g toilet eh.
Izaty : Ok, ak set time nak bangun kul bpe?
Me : dlam kul 6 ke.

Last-last dua-dua ting tong sampai pukul 7 lebih. Dahsyat gila. Aku rasa macam aku manusia paling jahat waktu tu. Dak-dak ni balik surau bukak khemah mampus aku kena bebel siap leh gelak lagi nasib tak kantoi dengan ustazah. Maap ye geng :-) Ku rindu gelak tawa kamu semua. Sampai sekarang kalau jumpa "woi,lats!" hahaha.  

Kem ppim di Rompin with geng lats 
Choral speaking. yay! yay! tak menang pun hahaha tpi dapat pengalaman. Next year mungkin menang :-) Memang sekolah hebakk hebakk belaka persembahan dorang. Siap ada sounds cam dlm pilem. *Clap my hands*  Thanks to miss yat, teacher liza, teacher asyikin and also sir bahari sebab latih kitorang yg gila-gila perangai nih. Mereka memang 4ever the best! ♥ Dapat beg UMPians tu yg sukoo hati~ 
masa nak pergi tu punya la kalut cari baju putih, tudung putih, kain biru, kasut putih. Maklong lah kak, itew pemawas eh pengawas :) Takda cara lain dah pinjam classmates punye tudung, kain ngn kasut. nasib baju putih ada. Jeng jeng i got twins! kembar tiga "Raja Azyan Munirah". Cuba teka yang mana satu? indaman kalbu~ ~ 


Yang mana satu? Kanan? wrong answer. tu chea  Yg pakai spek tulah :) Thanks bagi pinjam tudung ! 
'we are the enviroment little fighter'    Wachaaaa! 
Choral speaking..my classmates 3p/4sn/sahabatselamanya/gengketawagila-gila love them ♥.
Then kami gegirls sume (dak perempuan dalam kelas) ikut program " Aku seorang Mahasiswa ". girls only rasa mcam special sangat haha.  Ada 3 sekolah :) Fasilitator pun perempuan jgak. Memang seronok.
Mula-mula macam 'aku malas gila nak pergi!! Nak buat berjuta alasan tapi malas buat jahat" Ececeh menyampah. Tapi bila dah pergi nak balik rasa sayu je sayang nak tinggalkan kak fasi yg omey semuanya. Indahnya ukhwah nikmat nikmat Allah beri. Alhamdulillah, oleh itu hargailah orang disekeliling anda. Ngerti? *angguk-angguk jangan geleng-geleng*


my groupmate 'fantastic girl'  omey kan sume. hehe tdak dlupakan mek amalia (ketua) yg tgkpkan pic ni and si ptot yg sakit time ni. syg sume :)
And the last one, classmate aku yang something wrong somewhere belaka hehehe sebab boleh belajar sambil gelak. Aku pun tak paham ler perangai memasing. Happy 24 jam kut ;p  kami sekepala, gila-gila dan tak takkan terpisah. Ewahh! (Jujur eh entah kenpa aku tak suka iklan tu sebenarnya) Apa yang best dengan diorang? Ehem. Dorang happening sesangat. Duduk dalam bulatan story mory ramai-ramai, boleh dengar ceramah masing-masing tentang apa apa pun. Ingat tak main bentuk-bentuk tu ramai-ramai? giler lawak hahaha. Aku punya satu perasaan yang tak dapat aku tapis untuk buat ayat sebab aku rasa bahagia sangat bila ada kawan-kawan yang macam ni. Dorang sangat sangat sangat istimewa bagi aku. Kami nak spm tahun 2013 harap semua doakan yang terbaik :)

muka nak masuk form 5

heroin aku hehehe termasuk suhada yg tiada dlm gamba ni.

kek soOoOodap 4sn
Moga Allah kekalkan kenangan ini dalam ingatan dan hati aku. Tapi kalau Allah nak uji aku dengan hilangkan ingatan aku tiada siapa boleh halang. Moga orang disekeliling aku (orang yang kenal aku) dapat aku simpan dalam hati :-) Thanks to Allah for everything. Semoga tahun depan Allah permudahkan segala urusan. Amin.

                                                                                                                        NordiyanaAbdullah. 

Sunday 2 December 2012

#Pesanan buatmu

Assalamualaikum people!

Hai, cuti skola wat pe? Tak g ane-ane ker? Nak je aku bagi pangggg kangggg. HAHA joke!  

This year kan kan kan ramai orang tanya iteww camnih *hentak kaki*

Engko (ramai orang)  :  Ko kat ne?
Aku : Masih di Keratong yang indah. wakaka (sememangnya indah k jangan tanya kenapa)

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ ( nampak tak tahap kebosangan tu camno ) _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

Percutian bersama keluarga ke Cameron Highlands telah di cancel kan oleh incik Abah sebab cuaca tidak menentu. Next year kalau ada rezeki. InsyaAllah :-)  Please please please jangan tak jadi lagi *nyanyi sambil melutut jap* kehkeh.

Sedar tak sedar Allah beri aku nikmat kelapangan masa untuk belajar menjadi seorang housewife aka personal assistant big bos yang berjayo untuk 20 tahun yang akan datang. Inilah gaya budak tak sedar diri nak amek spm tahun depan haha. Bukan selalu aku nak bangun awal waktu cuti sekolah bak kata aku ' katil is the best place ever ah ' hahaha now dah cuba bangun awal jalankan tanggungjawab solat subuh ye adik-adikkuh cayang then tidur! eh mana hado tweet dulu haha ! lepak dapur jap intai-intai ma kalau ada feel nak belajar masak teruskan niat pastu jemur kain pastu buat tahik mato sampai tengohuri. Mohon don't try this at home nanti kena ngepek (bebel) bertubi-tubi hihi.

Satu lagi nikmat masa untuk kita dekatkan diri kita dengan pencipta Allah s.w.t. Belajar balik apa yang kita tak tahu atau kita alpa pada waktu dulu. Ingat, yang jahat tak akan terus selamanya jahat begitu juga dengan yang baik :-) Kita hidup kerana Allah. Jadi, usah buang masa pikir kenapa mulut manusia susah nak tutup? kenapa manusia pertikaikan aku camni camtu? Think! Every morning when you wake up cuba set dalam minda " Hijrahku kerana Allah dan Rasul ". Slow slow istiqamah dan jangan lupa baca surat cinta Allah walaupun hanya sehelai sehari. Aku juga masih belajar sebab kekadang terdetik dalam hati sampai bila aku nak terus jahil? Sungguh aku takut kaki aku melangkah ke neraka. Nauzubillah :'( Azab Allah teramat pedih tapi syurga Allah itu sangat indah tak tergambar dalam fikiran ini. Sama samalah kita okay! InsyaAllah :-)

Aku bukan nak jadi ustazah ke hape eh. Cuma berpesan kepada diri sendiri juga. Maaf maaf jika terlampau berbicara selama ini. Cewah ! haha mentang-mentang nak jadi housewife kepada incik suami kahkahkah.
    

Untukmu incik tangga : 

Hati-hati dikau disana mahupun di mana-mana sahaja. Kalau rindu haku yang comel ini jangan sesekali dikau lupa selitkan namaku di dalam doamu. Biar Allah menjadi penawar buatmu. Jangan risau begitu juga denganku. Belajar leklok jangan pernah serik atau putus asa Allah tak suka kan nak capai angka 4 kan haha.  Kalau nak gatal pun sukahati dikaulah yang penting kahwin jangan lupa jemput kawanmu ini. Nak kad yang special taknak yang buruk. Ada paham? Terima kasih. Selamat jalan *lelambai* kenang daku dalam doamu :-) wakaka. All the best!     


                                                                                                           NordiyanaAbdullah      

Thursday 22 November 2012

Happy Birthday Abah ♥

Assalamualaikum wbt semua cik puan dan tuan-tuan
  *bajet ada yang baca je hihihi (kalau baca jawab salam eh)*  

Hari ini hari apa ye murid-murid? Gaya cikgu tadika. Rindu pulak zaman hingusan dulu-dulu. Wakaka! Harini hari Khamis 22/11/2012. Hari lahir incik abahku yang tersayang. Umur abah dah masuk 62 tahun. Abah yang jarang buat lawak tapi bila buat lawak semua pasti gelak. Abah yang garang. Abah yang kuat mengongkong. Yeah that's my Abah and im proud with him. Abah siapa? Abah Nordiyana binti Abdullah hihi. Dulu aku selalu ingat abah tak sayang aku bila tak bagi aku pergi sana pergi sini dengan kengkawan. Kalau mintak izin dengan abah mesti dia jawab "belum masanya". Sometimes rasa malu jugak dengan kengkawan. Dalam kepala asyik fikir "Kenapa abah tak sporting macam abah orang lain?" Peh kalau lah aku jadi abah memang aku humban budak yang berperangai sebegini. Haha lama kelamaan perlahan-lahan aku semakin faham dengan sikap abah. Dan aku sangat bersyukur dikongkong oleh seorang abah kalau tidak boleh bayang tak aku jadi apa sekarang? Mesti perangai tak serupa ini hehehe. Yang sekarang ni pun perangai cam hape masak pon tak reti. Tengah belajar abah slow-slow eh.  

Teringat zaman kenakalan dulu-dulu zaman pondok-pondok, kahwin-kahwin, gaduh-gaduh, sepak terajang WWE bajet kuat nak tunjuk siapa paling hero. Aku jujur tarik diri bab nih sebab aku kuat nangis. Kekeke rasa cam lifeless gua nangis masa main orang zaman itulah nak seronok. Ni nangis ah jiwa lembut tuan badan ganas sebab bila pukul orang laju then turn orang tu nak pukul aku balik aku lari dulu hahaha. Zaman kenakalan aku selalu gaduh dengan abang. Memang wajib kalau tak gaduh mesti ada something tuh kut kut kena rasuah dengan abang kehkehkeh. Ha situasi bergaduh ni yang paling pantang buat abah. Jam pertama elok bermain. Setengah jam pertama gaduh. Jam kedua tiga-tiga menangis ha tu mesti dah kena lempang tak pon penyangkut baju mak aku. Perit gua nak bagitahu nasib memasing jadi orang lagi sekarang ni.      

Jenis aku kalau kena marah mesti lepas tu nak lari rumah. Percaya tak kalau aku bagitahu aku pernah lari tapi tak jauh lari belakang rumah je takde tempat nak tuju. Beb gua bukan lari sehelai sepinggang gua lari dengan plastik yang sekarang kalau korang pergi shopping mall pada hari sabtu kalau tak salah  kena bayar 20 sen. Ha plastik tulah guna buat letak kain baju. Kelakar sungguh nok oyak kow demo bawak plastik tu sambil menangis tulah kecik-kecik dah belajar tengok drama. Hayati benor drama melayu dulu-dulu. Kalau merajuk pun still guna ayat drama hahaha. See anak melayu sejati  tapi petai,budu, jering, tempoyak semua letak tepi tak makan ini belum sejati namonyo kehkehkeh. Agaklah kan kalau tak makan semua ni kalau pegi umah mak mertua mesti kena paksa. wakaka sampai ke situ fikirankoooo melayang sebab ma selalu cakap camtuh taknok ler camtuh hehehe.

Abah kita single. please find someone for me (moga my future husbond baik hati and jaga abah /ma macam parents sendiri) apa ni gatai! tepuk keyboard. kehkehkeh! ini hanya gurauan semata-mata. 


Haku ni hape? Nak cerita zaman kenakalan ke nak wish birthday abah hihi dua-dua pon molehhh. Okay back kepada tujuan asal aku menaip hari ini. 

For Abah :

Thanks for teach me how to live in this world. When I story about school especially exam or spm (ohh nak mati taknak amek spm) abah always said "cuba bangun awal pagi bangun mintak dengan Allah. Dia je tempat kita bergantung kalau tak mintak dengan Allah nak minta dengan siapa? Dia segala-galanya" Sampai aku boleh hafal ayat ni hehehe. InshaAllah abah. 

Terima kasih beri kami adik beradik makan pakai semua terlebih cukup. Hantar anak-anak pergi sekolah nek lori wahahaha masih segar dalam ingatan. Jasa ma & abah banyak sangat memang tak terkira.  You're the best human in my life. The best and forever the best! Terima kasih sudi layan karenah anak bongsu mu ini hihi. Hanya Allah yang mampu balas jasa ma & abah ♥ 

Harini hari lahir incik abah tersayang. Love you abah! :* Doaku pasti mengiringi jalanmu. InshaAllah. Adik teringin nak bagi hadiah tapi nak pakai duit sendiri. Sekarang belum kerja hihi. Nak bagi hadiah duit takdak. Supe gok selama ni pkai duit abah jugak kan hehehe. Buat masa ni doa jelah hadiah untuk abah. Itu paling mampu   

Ya Allah, engkau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku. Engkau berilah kesihatan yang baik untuk mereka. Engkau sejahterakanlah mereka di dunia & di akhirat. Engkau tempatkanlah keluargaku di syurgaMu agar kami dapat bertemu di akhirat kelak. Amin. 

nota kaki : Doakan kami sekeluarga dan aku pasti akan doakan kalian. Sama-samalah kita mengejar Syurga Allah. InshaAllah :-) 

Girls dont forget to cover your aurah. Aurah is our dignity. Sayangi ayah ibu kalian cuba bawa mereka ke Jannatul Firdaus. Aku juga sedang mencuba. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.
 


cik bam bam (yg tengah) my lovely mother & father. thanks to Allah! also my ansarullah yg menyibok. 

Akak : Tengok ma macam ni gaya budak nak spm tahun depan. main game lagi cam budak-budak (geleng-geleng kepala) 
Haku : (jeling je mampu hahaha) 


And one more thing aku takut kalau tak boleh buat abah dengan ma tersenyum waktu amek result spm nanti. Maklumlah anak bongsu lebih sikit harapan diorang. Huwaa :'( nak adik sorang bulih? Jangan mimpi nnti mesti aku jadi kaki buli hahaha takpalah Alhamdulillah dah sekarang ni :-)  Dan aku cuba tenangkan hati dengan berkata 'Try your best diyana! Allah ada. Sentiasa ada. Jangan sesekali hilang Allah dalam diri. Mungkin rezeki kita ikut arah lain. He knows the best and always has something for us." Terus terang aku memang selalu down dan tiada keyakinan diri dalam apa-apa hal. That y kadang-kadang kita kena ada satu ayat yg boleh kuatkan diri biar kita je tahu. Itu lagi syokkkk! hehe. 

                                                                                                                                         Salam sayang anak bongsu ma abah , 

NordiyanaAbdullah


Thursday 15 November 2012

#PrayForGaza

Assalamualaikum wbt.. 

What makes me smile?  a babies and I love kids *walaupun aku sendiri selalu buli anak sedara. kihkihkih.
They're cute. Very cute! tenang melihat wajah manusia yang tiada dosa lagi kan. ya Allah comelnyaaaaa tak terkata dan sebab itu cito-cito den nak jadi doktor kanak-kanak. Hihi  insyaAllah kalau ado rezeki den. Mintak doa kalian. Hehehe terima kasih.
When they play with me just like this world smile to me. Ohh bahagia melihat senyuman mereka!

Manusia kejam bukan setakat kejam tapi zalim dan bodoh! Tolong tenung wajah mereka. Maybe they will say " Im too young for this and need my own space to play with my friends". Sanggup ke? Aku sendiri tak sanggup. The little children and they don't know anything. Terpaksa lari sana sini tanpa arah mencari tempat perlindungan. Tapi masih tak jumpa kerana setiap tempat dihujani bom. Allahu :'(  Mereka manusia kecil yang tiada dosa. Kasihanilah mereka wahai manusia.

Tapi anak di sini ? Biar pon kita masih mentah kita juga perlu berjuang seperti mereka. Bantu mereka dengan doa. Ingat doa tu senjata orang mukmin. Nak buat apa-apa pun mesti minta dengan Allah :-)

" Tidak sempurna iman selagimana dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri "  [ hadis ]

Mereka sedang dihujani bom tapi mereka masih lagi berjuang. Kita di sini juga perlu berjuang dengan doa. Dengan izin-Nya siapa tahu semangat mereka datang melalui doa kita. Tabahkan mereka dan bantulah meraka ya Allah, mereka sedang berjuang dan kita di sini perlu berjuang juga melalui doa. Mereka penghuni syurga 

#Pray4gaza
Al-fatihah. syurga tempatmu begitu juga kami. Insyaallah. :-) 
Mulai detik ini tadah tangan dan berdoa kepada-Nya. Semoga rakyat Gaza boleh tersenyum kembali dan umat Islam akan bangkit sama-sama berjuang untuk mempertahankan hak kita. Dan semoga hari esok kembali tenang dan lebih baik daripada hari ini. Ameen.

Never stop #Pray4Gaza. Save Palestin, women, men and the little children also the cute babies  
Please people never stop praying!!!

                                                                                                                                NordiyanaAbdullah.

Wednesday 7 November 2012

Cinta Mahasiswa #Part1

Assalamualaikum dan salam sejahtera !!!

Acano orang kampung sihat dak? diharapkan awak, kamu, kau dan aku sihat belaka ye. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menghadapi hari esok dan seterusnya dengan baik jika umur masih panjang. Amin amin ya rabbal alamin.

Awas, jangan sampai berhingus disebabkan o habuk sekilo di belog aku. Maaf hehe :)

wit Umi tercinta :) 

wit kak Alya aka Najwa . Oppa gangnam style hihi ;)

bergambar dgn pilot, tot :)
Ai awak semua. Saya seorang mahasiswa selama 3 hari 2 malam di Uniten dan dengan izinNya suatu hari nanti akan bergelar mahasiswi di mana-mana tempat untuk menuntut ilmu :)

Ilmu Allah tidak akan pernah putus................................................................................ #Remember kejar dia walau di mana sekalipun begitu juga dengan cinta kita. Cinta paling abadi hanya satu ! 

will be continued..............

                                                                                                                                Salam sayang bin rindu,
                                                                                                                 NordiyanaAbdullah  

Wednesday 19 September 2012

#Pengakuan Berani Mati

Assalamualaikum w.b.t. 

Di sini aku mahu membuat satu pengakuan iaitu pengakuan berani mati yang mengatakan aku rindu kenangan kita bersama walaupun hanya seketika. Aku malu untuk mengatakan rindu *bajet* itu sebab aku menaip supaya rindu itu pergi bersama air mata. Air mata bahagia. #ulangsuara air mata bahagia mengenali kalian semua. Tolong jangan ketawa kerana aku benar-benar rindu. Perasaan ini pelik bagaikan magik sekali di ibaratkan kita kelipkan mata masuk satu titis penawar kasih sayang dalam diri. Bayangkan dalam sehari berapa kali kita kelipkan mata berapa banyak penawar itu masuk. Boleh bayangkan? Ahh, biar diri ini yang membayangkan. Allahu betapa besar nikmat kasih sayang yang dikurniakan. Indah tak tergambar oleh perasaan. Alhamdulillah :-)

Camp paling best dalam sejarah hidup aku selepas kem ppim bersama geng lats yang ahlinya kepala masuk air belaka. Last day terasa berat mahu meninggalkan d'kok eco camp. Umpama tertinggal kekasih di sana *pwitt* wkwkwk~ Kekasih yang aku tinggalkan itu ialah kenangan. Tetapi aku masih tetap relax menahan air mata kerna kenangan itu masih segar dalam ingatan.



Family, maybe? InsyaAllah 



Igroup : Damai and Peace 

Rindu lumpur yang berbau harum itu. Rindu suara fasi-fasi semua. Rindu kerjasama dalam pasukan. Semua dah tak hirau kena tengking ke apa, kena marah yang penting nak menang. Tapi group aku tak pernah menang wkwkwk still buat muka tebal. Tak kisah yang penting pengalaman dan apa yang kita bawa sewaktu pulang. Itu berharga. Sangat berharga. Aku rindu semua.


Kung fu dalam ayaq :)

Sungguh hati ini berat melepaskan.........Hanya doa yang mampu mengiringi setiap langkah perjalanan..........Aku percaya Allah pasti menemukan kita kembali. Jika ada jodoh. InsyaAllah :) 
    

                                                               Salam Sayang bin Rindu ,
                                                                        Nordiyana Abdullah .

Sunday 12 August 2012

Mahu Perubahan

Assalamualaikum

 ' Hidayah Allah perlu dicari, bukan di nanti ' 

Adakah ini petunjuk-Mu ya Allah ? Aku tertanya-tanya sehingga kini. 
Sering kali aku bermimpi tentang stokin,aurat,siksaan-Mu, Aku takut ! Aku lemah ! 
Dimana harusku bermula ? Aku mahu kehidupan yang diredai dan diberkati oleh-Mu ya Rabb. Kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Amin, amin ya rabbal alamin. InsyaAllah.......

Aku punya satu hajat yang lama aku simpan. Benda ni ingin aku tunaikan sewaktu tamat zaman persekolahanku nanti. Sebenarnya sewaktu aku sambung belajar di IPT nanti. Mungkin itu hanya angan-angan kalau pelajaran entah kemana. Kemudian, aku terfikir jika aku mati hari ini , Bagaimana? Ke neraka kah aku? Nauzubillah....Jauhilah hamba-mu ini dari azab api neraka. 

Hajatku ingin menutup aurat dengan sempurna. Bukan cuma memakai T-shirt longgar, Baju kurung labuh, Tudung yang menutup mahkotaku tetapi sedangkan dosaku masih berjalan apabila kaki dan tanganku sering kali terdedah. Aku pernah bayangkan betapa sia-sianya hidup berpuluhan tahun tetapi tiada satu kali pun aurat ini tertutup dengan sempurna. Sedih weh sedih dengan diri sendiri. Kenapa aku tak kuat benda yang perlu dibuat simple sahaja padahalnya.

Aku tak sanggup heret Abahku ke neraka begitu juga dengan abang-abangku. Aku sayang mereka. Aku mahu satu keluarga ke Syurga Allah tinggal di sana dan bahagia. Abah ada juga tegur tentang aurat. Terima kasih Abah sayang selamanya. Even abang-abang aku tak pernah tegur tapi aku pun ada akal dan boleh fikir yang mana baik yang mana buruk. 

Bila terserempak dengan orang menutup auratnya dengan sempurna. Aku malu kerdilnya diriku ini. Hatiku terus  memberontak. Aku mahu seperti dia. Cantiknya dia...........SubhanAllah. Bila diri ini mahu jadi seperti itu.................Mohon beri aku kekuatan ya Allah. Aku mahu perubahan, berubah kepada yang lebih baik...

Hambamu ini masih mencuba.........InsyaAllah.....



-NordiyanaAbdullah-

Tuesday 29 May 2012

Eh, cuti engko poie mano ?

Assalamualaikum

Long time tak meng-update belog *pegang bulu ayam*  Windududududuh

Mid year was past. Then, we countdown for holidays 2 weeks. Freedommmm ~ No books anymore , Opss ! Memang nak makan penampo la kan  -,-

Kalau cuti sekolah je mesti orang akan tanya kita " Weh ,engko cuti ni poie mano ? "  Ayat glamour waktu cuti . Suko hati den la nak bercuti di mano mano pung , idok gitu ? wakakaka , Jangan engko berani jawab begitu bilo den tanyo .

Actually , den nok kabo den baru pulang dari Perak . Visit Perak 2012 wuwuwuwu ~ den bukan poie makan angin den poie makan free kenduri kahwin sambil sambil bawak kelik baby girl baru den. Itew sukaaa bangat sama baby, sarung kaki dan tangan mereka comel cumil belaka.

 Masa on the way ke Perak dan sampai dekat Seremban kalau tak silap . Everyone dekat dalam kereta was very hungry. Kononnya nak cari yang cantik sikit tempatnya dan pilihannya adalah jengjengjeng Restoran Warisan , Kuala Pilah. Tempat memang den bagi 5 bintang bersih ah kan tapi den tak boleh tolan makanan orang nogori , podeh nyo mak ngah ~ rasa macam nak lompat lompat sambil makan. Antara dua keadaan lapar dan pedas terpakso den tolan untuk alas perot den yang cumil lotey ni. Maaf la nasi tak habis air mato den keluar tak henti henti. Sekali suap air mato keluar memang tak leh tolan den.

Sampai dekat Perak stay dekat rumah akak Tanjung Malim. Yeayyy ! Jumpa baby girl ^^ Malam poie pasar malam Tg. Malim. Ramainya orang berpoloh ketiak den tunggu yong tau foo. Disebabkan tahap keinginan yang melampau den tunggu dengan sopan dan saborrr. Chewah ! Yong tau foo sama air kelapa jom kito balik melantak ~

My baby girl ^^ Jumpa tok ayah dengan nenek . Hi :) Ni maksu awak ! 
Esok pagi poie bagan serai . Haa ni baru den kaba makan free makan kenduri . No pay and Save Money ! kikikih *gelak jahat* Makanan pun sodap ! Terima kasih daun keladi sebab jemput :) Nanti ado rezeki den poie Perak lagi.

Cool blog ! chocolate^^ korang kan suka ?? Nak beli sendiri  :P







Kakak den kabo ma lagi nampak muda . Yelah , redha 

Pelamin anganku musnah ~ wkwkwk  macam princess haku . Eh, perasan !

Ehem2 yang tidak berkenaan tuh hahaha , pengantin bagai pinang dibelah dua. 

Family :) 

Original Penang Kayu Nasi Kandar , Damansara  :)

Abang long Ansar :) pwitt dah jadi abg dia . 

Perak sangat cantik . Seriously, bergunung ganang dan air terjun kat sana memang sangat sangat cantik . Subhanallah :)

See :)

Cuti den di habiskan di rumah sendiri . Makan , Tidur , Bangun , Makan dan Tidur begitu lah seterusnya
 _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
                                         Happy Holidays , Take Care People ! xOXo 


                 Alhamdulillah lepas rindu nak menaip^^ Sekian, Assalamualaikum :)




 written by :  Nordiyana Abdullah.

Sunday 26 February 2012

In memory ♥

Assalamualaikum

Laptop rosak sebab tuh smile jadi terbalik muka masam mencuka
21 haribulan 2 , tarikh keramat tuh *cewah hari lahir haku
SELAMAT HARI LAHIR DIYANA !!!!!!!!!!! wish banyak banyak banyak banyak  hehehe  Alhamdulillah haku sudah tua . Thankyou  ALLAH for giving me another chance for breathing  ^____^  Awak bila lagi ? gimme five siapa yang lahir bulan 2 kita kan satu geng :-)  Terima kasih 4 science . Awak sahabat saya . Gembira kan hati ini walaupun terasa tua wkwkwk ~ yo seob siap buat rap lagi happy birthday yana ! happy birthday yana ! comel hihi 

2012 banyak benda baru yang haku belajar
orang yang tiada dalam kelas tapi yang penting dekat di hati . setiap orang ada matlamat hidup , ada perjuangan masing-masing. rindu umairah geng f6 , aishah geng digi dan izaan si tangan laju kacau orang je tau  haha * jangan marah * duduk dekat sekolah baru jangan nakal nakal ye . ♥

Salam perpisahan . Dekat di hati hahaha macam ayat tv9

Ingat sokmo 4SN THE SMURFs .Puji la sikit . Mintak mintak kelas kitaorang menang . Amin ya rabbal alamin :-)

PRINCESS SMURFs  . Love you :-)  * Jangan lupa sediakan baldi *



Semalam pegi Kuantan jumpa mek muncung ni


 mek tisya omey 

ANSAR semakin comel duduk dengan acu , kan kan kan ? bek ngaku dekat ummi camtuh .
Homework gua banyak ohh , wahai jari tolong rajin untuk menulis . Sekian Assalamualaikum :-) 

 written by :
NordiyanaAbdullah

Sunday 15 January 2012

the strength.

Persahabatan yang wujud
sentiasa berjalan mengharungi suka dan duka kehidupan
tiada seorang pun tahu isi hati manusia kecuali Allah s.w.t. 
 Kadang kadang terfikir kenapa hati tak pernah berhenti menyukai si dia
always in my mind , I don't know why 
honestly , I hate this feel
really really hate !
sampaikan tiada rasa untuk memandang hati manusia lain
maafkan manusia ini kerna hati tidak boleh dipaksa 
sangat sakit .  


tapi hati ini masih kuat untuk manusia manusia di bawah  
sumber kekuatan ketika berada di dunia nyata 
Terima kasih Ya Allah . Engkau telah memberi peluang kepada aku untuk mengenali mereka    

Rindu saat ini - ICITY SHAH ALAM




MEREKA TEMAN DAN SEGALANYA....

Assalamualaikum dan selamat malam  :)

written by : NordiyanaAbdullah.