Sunday 12 August 2012

Mahu Perubahan

Assalamualaikum

 ' Hidayah Allah perlu dicari, bukan di nanti ' 

Adakah ini petunjuk-Mu ya Allah ? Aku tertanya-tanya sehingga kini. 
Sering kali aku bermimpi tentang stokin,aurat,siksaan-Mu, Aku takut ! Aku lemah ! 
Dimana harusku bermula ? Aku mahu kehidupan yang diredai dan diberkati oleh-Mu ya Rabb. Kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Amin, amin ya rabbal alamin. InsyaAllah.......

Aku punya satu hajat yang lama aku simpan. Benda ni ingin aku tunaikan sewaktu tamat zaman persekolahanku nanti. Sebenarnya sewaktu aku sambung belajar di IPT nanti. Mungkin itu hanya angan-angan kalau pelajaran entah kemana. Kemudian, aku terfikir jika aku mati hari ini , Bagaimana? Ke neraka kah aku? Nauzubillah....Jauhilah hamba-mu ini dari azab api neraka. 

Hajatku ingin menutup aurat dengan sempurna. Bukan cuma memakai T-shirt longgar, Baju kurung labuh, Tudung yang menutup mahkotaku tetapi sedangkan dosaku masih berjalan apabila kaki dan tanganku sering kali terdedah. Aku pernah bayangkan betapa sia-sianya hidup berpuluhan tahun tetapi tiada satu kali pun aurat ini tertutup dengan sempurna. Sedih weh sedih dengan diri sendiri. Kenapa aku tak kuat benda yang perlu dibuat simple sahaja padahalnya.

Aku tak sanggup heret Abahku ke neraka begitu juga dengan abang-abangku. Aku sayang mereka. Aku mahu satu keluarga ke Syurga Allah tinggal di sana dan bahagia. Abah ada juga tegur tentang aurat. Terima kasih Abah sayang selamanya. Even abang-abang aku tak pernah tegur tapi aku pun ada akal dan boleh fikir yang mana baik yang mana buruk. 

Bila terserempak dengan orang menutup auratnya dengan sempurna. Aku malu kerdilnya diriku ini. Hatiku terus  memberontak. Aku mahu seperti dia. Cantiknya dia...........SubhanAllah. Bila diri ini mahu jadi seperti itu.................Mohon beri aku kekuatan ya Allah. Aku mahu perubahan, berubah kepada yang lebih baik...

Hambamu ini masih mencuba.........InsyaAllah.....



-NordiyanaAbdullah-