Sunday 27 November 2011

Alhamdulillah.

Bicara tentang harapan pada hari ini , esok , lusa dan sebelum mata tertutup

ku ini terokai dunia yang penuh dengan ilmu

ingin mengejar cita cita untuk menjadi seseorang yang berjaya

bukan di dunia sahaja tapi yang lebih pasti di akhirat juga

wanna be a doctor

wanna help people in any situation

it must be great , right ? i hope i could be like that .

tahun depan 2012 dan angka umurku semakin bertambah menjadi 16 tahun *tua dah

teringin nak ambil aliran sains

Ya Allah . adakah ini harapan ? Tidak ! mungkin ini cuma mimpi seorang gadis yang suka berangan tentang masa depan .

kata Hati jangan pernah kecewa kerana yang di atas telah menentukan segalanya

dapat atau tidak itu sudah tertulis

kerna tanpa disedari Allah sudah menentukan yang super best untuk kita *paling terbaik

yang penting kita tahu nikmat syukur dan sentiasa ingat pada-Nya .

Ahh ! sains ke apa ke tak penting apa yang penting jadi orang yang berjaya di dunia & di akhirat .

InsyaAllah =) senyumlah untuk menikmati rasa syukur itu .

Alhamdulillah .



p/s : silakan tertido . haha . salam maal hijrah 1433H semoga tahun ini lebih berkat hidup kita di dunia ini . Amin .

written by : NordiyanaAbdullah.

Tuesday 15 November 2011

Hati.

Assalamualaikum

:(


Hati

Aku nak jadi separuh daripada hati kau

Sebab kau selalu bikin hatiku berbunga bunga

bagai melahirkan bunga yang segar daripada lubuk hati


Melihat kau tertawa begitu bermakna dihati aku

Saat mata mula terpejam terasa dengupan jantung berlari cepat

kerna selalu terbayang wajahmu

ohh pujaan hatiku


dan bila sakit hati datang

terasa bagai mahu mencampak dikau ke dalam lautan

biar hanyut ditelan ombak

dan aku menyampah bila kau selalu

" not responding "


kau bagai nyawa nyawa ikan

takpe la aku faham kau pon dah lama berjasa

mood : sedih


sayang kau ! rindu kau ! benci kau !

sebab dah nak rosak

uuuwwawa :('

abah nak laptop baru . keh3




written by : NordiyanaAbdullah .


Sunday 30 October 2011

Instar , PEKAN

Assalamualaikum :)

Happy Deepavali !!! bunyi mercun bukan main lagi rasa macam aku sekali nak beraya . haha .

seronok kan bila sekolah buat lawatan rasa rugi pulak kalau tak join sekali sebab keesokkan harinya bila datang sekolah mula la citer pengalaman masing-masing . tu yang wa jealous ! tak aci-aci . hehe . so seboleh mungkin aku akan ikut semua lawatan tu pon ikut kemampuan la kan . mahu pokai ma dengan abah aku kalau melayan semua karenah aku . anak bongsu ! hihihi ^^, tapi wa tak la manja sangat sebab memang takde sape nak layan .




sekolah wa ada buat lawatan sambil belajar dekat SBP Integrasi Bandar Tun Abdul Razak (Instar) so wa pon tak sampai hati nak tolak *ecehh sebab teringin nak tengok kehidupan dekat sekolah asrama penuh . yela dulu aku mengada buat buat pengsan semata-mata nak keluar asrama . kahkahkah . memang aku tak lupa la masuk hospital 3 kali *demam punya pasal sebab berlakon kuat wa bukannye apa cuma wa rindu family . tak sanggup hidup jauh . tak cool kan wa dulu .



Ok semua pandang kamera sambil buat muka eksited dan buat PEACE . ha baru COOL camgini .




aku rasa macam nak panggil abang dengan kakak je dekat diorang sebab terasa diri macam budak-budak tak matang . diorang dengan muka selamba je cakap macam dah lama kenal kalau aku tu nak suruh jadi MC pon malu giler bercakap dekat atas stage . harap pakaian je BIRU .



Thanks a lot to In-STAR sebab menyambut kedatangan kami
:)



kita tetap KOREA ! best sangat dapat main game tuhh .



Kawan baru yang comel ni SYAHIRA ALIA . seorang yang friendly :)


Macam macam ado kat sini . Cipta kejayaan . Best kan !






kenangan


:)
banyak piala wooo ! buat balik satu . hehehe .

kitaorang dapat kad 1 Malaysia yang ada macam macam pesanan untuk kami . Diorang sangat Kreatif . sekurang-kurangnye ada jugak ole-ole nak buat balik rumah .
:)



Thank to Syed Muhammad Fikree . I got ur card . suka sangat apa yang dia tulis tu

' Sementara Masa Masih Ada , Banyakkan Berdoa Agar Dapat Result Yang Cemerlang ' . InsyaAllah . I will :)







Bergambar di Jeti Pekan :)





first time sampai sini buat muka teruja


^_______________^














ganas tak muka wa ?? hikhik



WE COME , WE WIN , WE LEAD . must remember ! ~ :)




ini cikgu kita


:)






rasa macam nak terbang je angin kuat sangat . sebelum kita kena terbang buat ' PEACE ' dulu baru COOL .





tadaa . ehehe . aku duduk dengan Alaska Elopura . yang dua orang pak cik kat belakang tuh memang suka menyibuk orang nak tangkap gambar pon nak join dah la tak bagi salam . sepak satgi ! yang nampak gigi tu Ketua kelas aku wa respect la lu bro sangat layak untuk jadi KETUA .



dalam perjalanan nak balik wa jumpa ni . comel tak ??

masih lagi bergambar :) dah jadi HOBI .


bayangkan lah dari Pekan ke Keratong tangkap gambar je


lokasi tetap sama iaitu dalam bas .






p/s : pengalaman yang sangat best . yuhuuu , Thankyouu Instar !




written by : Nordiyana Abdullah :)


Tuesday 18 October 2011

Ayam Oh Ayam .

Assalamualaikum^^,

manusia abad ini asyik makan ayam je kan . huhuhu .
Ayam oh Ayam ! dimana kau ? jawab ayam dalam perut kau la manusia . hehehe . kenyang makan ayam . best oh buat amali sembelihan walaupon ayam je yang menjadi mangsa kalau lembu baru makan besar kitaorang . hehehe .
kata cikgu unta dekat mekah siap offer tunduk lagi tem nak kena sembelih . kuasa ALLAH S.W.T. . hebat kan ? subhanaAllah :)


tiba saat nya ayam dilepaskan. wakaka *gelak jahat jangan ada rasa kasihan tak baik nanti





siap bergambar dengan incik ayam lagi tuh . hahaha . puas aku gelak tem ni . alaska2 . hahaha .
kau tengok ni betapa beraninye wanita abad ini *kalah lelaki . kahkahkah aku geli nak pegang kasihan pon ado tapi tak baik la camtu kan . akan ku jadi orang yang kejam itu buat sementara waktu . teacher cakap aku pembunuh sebab bunuh ayam . dia sempat kata camni " stay away from me " . hahaha .





The Famous six

you're always in my mind !





3 projek ! The best part of my LIFE !






SAYANG DAN RINDU KENANGAN ITU ...HUHUHU






tahun depan ? walaupun akan berubah biarkan kenangan masih di ingatan .



*ayat buat aku muntah : SAYANG LAH KORANG SEMUA <3<3 HAHAHA . pwekk !




giliran aku pulak nak cuba . aku pegang je cik aisyah yang sembelih . mula-mula takut jugak kan kalau tak kena pada tempat yang nak sembelih tuh umat islam tak boleh makan . kan rugi tapi alhamdulillah berjaya jugak pasni hari-hari aku sembelih ayam tak payah susahkan abah lagi . cehh , ayat ! sembang lebat boleh buat takut . hehe .


terima kasih cikgu sebab bagi kitaorang pengalaman baru . huhuhu .


p/s : abah den kabo bila la nak jalan bergaya sikit . huaa...sedih . hahaha . *cek tau cek jalan kengkang .hahaha .yela cek cuba nanti .




written by :


NordiyanaAbdullah

Wednesday 7 September 2011

will come soon.

ASSALAMUALAIKUM =)


Today was a fairytale
day after tomorrow is waiting
4 / 10 will come soon
im not ready yet !
just STOP for a MINUTE and SMILE
 (^_____^)

♥ PMR ♥

* takot !

 written by :
NordiyanaAbdullah

Sunday 4 September 2011

waiting .

ASSALAMUALAIKUM =)
HellO guys !

UGLY WAITING FOR PRINCE.




p/s : silakan gelak ! hahaha . puteri berangan aka mangkuk tingkat .

 written by :
NordiyanaAbdullah

Wednesday 10 August 2011

Rindu ' kuih Akok ' tOk wan .

ASSALAMUALAIKUM =)

HellO guys !

ha..bulan puasa ni mesti keje nak makan je . masa BERBUKA haruslah MAKAN . kan 3 ? ha..lepas TERAWIH pon sambung lagi MAKAN ( padahal aku )
citer pasal MAKAN ni teringat pulak kuih raya .kalau citer pasal raya mesti orang dok sibuk-sibuk buat kuih raya . yang paling senang just BELI je kat KEDAI . mak cik satu bekas biskut aiskrim ni berapa ? 15 ringgit je nak . MURAH 3 ! tak pon beli kerepek ni 3 bungkus 10 ringgit . hahaha ( ada gaya ni jadi penjual biskut )

korang kenal KUIH AKOK tak ? sedap sangat lah rase nya . teringat dialog tok wan aku setiap kali die buat akok  ' ho..aku buat akok ni nok jual ni tok de gapo-gapo anok cucu make abih doh'  
kahkahkah kena gitu je . memang muka giler malu ar sume pakat ambik lepas satu , satu memang gerenti abis la kan . tapi tahun ni semua nye hilang sekelip mata je . muka tak dapat bersua , tangan tak dapat di cium , kuih akok langsung tak dapat makan yang sesedap macam dulu . Semoga arwah tok wan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman . Amin .

Rindu ini !

kalau nak SEDAP guna dapur kayu je macam tok wan kawe . sebab tu sedap kot . hehehe


p/s :  korang try la makan . sangat sedap . tapi kalau korang bernasib baik la dapat rasa akok yang sedap . hohoho

* next week da trial ! koma aku ! hahaha *
doakan ye :) hehe

good night people :)
baibai

written by :

NordiyanaAbdullah

Tuesday 5 July 2011

sEnyUm ! ♥

ASSALAMUALAIKUM =) HellO guys !

just ' SMILE ' and dOn't say anything ! it's gOoD tO feel ' HAPPY ' !

ape kate ANDA ?? wakaka
spe pnye senyuman pon cek tak taw
hahahaha



sEnyum ! kEtawa ! sEngih ! suka ! ceria !
saya suka SENYUMAN !! hihihi
senyumlah wahai manusia walaupun anda dalam keadaan bersedih ^__________^
senyum boleh membuatkan semua orang disekeliling kita ' BAHAGIA '
tengok orang kita sayang ketawa gerenti hati berbunga-bunga sampai tak tidur malam hahahaha gerenti lah !
walaupun kita dah berumur tetap akan happy bila nampak senyuman
tengok pak cik ni still senyum sampai nampak gigi pulak tuh


old people smile :)
gerenti muda sokmo !
hikhikhik

senyumlah selagi boleh senyum
tak rugi pon
dapat pahala lagi tuh
so ' SMILE ALWAYS '
^__________^

* tak pegi sekolah kerna dilanda sakit perot yang teramat sangat dari malam tadi sampai pagi nih aiyOo jangan lah menjerit perOtku *

written by :

NordiyanaAbdullah